Default Banner

Ops Anti-Litter Di Taman Sri Rampai

Utama / Berita & Acara / Ops Anti-Litter Di Taman Sri Rampai

December 17th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Ops Anti-Litter di sekitar Taman Sri Rampai pada 17 Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran bandar sentiasa terpelihara.

Sepanjang operasi penguatkuasaan ini dijalankan, sebanyak 17 kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, antaranya enam kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) kerana meletakkan barang-barang berkaitan perniagaan di tempat awam, lima kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana membuang sampah di kawasan awam serta enam kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) kerana membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam.

Selain tindakan penguatkuasaan, petugas DBKL turut mengambil pendekatan mendidik dengan memberikan teguran dan nasihat secara berhemah kepada peniaga serta orang awam supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar, tidak menghalang longkang dan siar kaki awam serta membuang sampah dan puntung rokok ke dalam tong yang telah disediakan.

DBKL menyeru kerjasama semua pihak agar bersama-sama memelihara kebersihan bandar demi mewujudkan Kuala Lumpur yang bersih, indah dan selesa untuk kesejahteraan warga kota.

6. 599464539 1417098039978881 1982235587859786054 n

6. 599606344 1417097979978887 9216946043599208443 n

6. 600202670 1417098099978875 8833580976728386697 n

6. 600423614 1417098153312203 8527817968626600379 n