Default Banner

Orang Biasa, Jasa Luar Biasa : Nadi Kelancaran Fasiliti Sukan Warga Kota

Utama / Berita & Acara / Orang Biasa, Jasa Luar Biasa : Nadi Kelancaran Fasiliti Sukan Warga Kota

April 22nd, 2026 by Admin JPRK

Kemudahan sukan dan komuniti yang disediakan oleh DBKL seperti gelanggang badminton, dewan serbaguna dan kolam renang memainkan peranan penting dalam menyokong gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan masyarakat warga kota. Fasiliti ini bukan sahaja menjadi ruang riadah, malah turut menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti komuniti yang meriah dan bermanfaat.

Di sebalik kelancaran penggunaan kemudahan ini, terdapat petugas fasiliti sukan DBKL yang menjadi tulang belakang operasinya. Mereka memastikan setiap ruang sentiasa bersih, selesa dan selamat daripada kawasan dalam dewan hingga ke persekitaran luar. Selain itu, mereka turut mengurus tempahan, membantu pengguna, memantau fasiliti serta memastikan semua operasi berjalan lancar setiap hari.

Dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi, termasuk bekerja di luar waktu pejabat dan pada hari cuti, mereka terus memberikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan warga kota. Walaupun sering tidak kelihatan, sumbangan mereka amat besar dalam memastikan setiap kemudahan dapat dinikmati dengan sempurna.

3. 673764863 1518677529820931 215638940691044974 n

3. 677622780 1518677626487588 8805126334436009129 n

3. 678287435 1518677619820922 267921047892145880 n

3. 678497217 1518677419820942 3587600775429683924 n