Default Banner

Orang Biasa, Jasa Luar Biasa: Penyelaras Kawasan

Utama / Berita & Acara / Orang Biasa, Jasa Luar Biasa: Penyelaras Kawasan

April 29th, 2026 by Admin JPRK

Memastikan setiap warga kota menerima perkhidmatan yang cekap, responsif dan berkesan adalah usaha berterusan yang dilaksanakan oleh DBKL. Setiap aduan yang disalurkan diberi perhatian, setiap isu ditangani dengan tindakan yang sewajarnya, demi menjamin persekitaran bandar yang bersih, selamat dan selesa untuk semua.

Usaha ini digerakkan secara langsung oleh Penyelaras Kawasan di setiap Pejabat Cawangan di 11 parlimen. Mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung antara warga kota dan pihak berkuasa, memastikan setiap keperluan komuniti difahami dan disusuli dengan tindakan.

Melalui pemantauan berkala di lapangan, mereka meneliti aspek kebersihan, keadaan infrastruktur, sistem perparitan serta kemudahan awam seperti taman. Aduan yang diterima akan diselaras dan disiasat dengan teratur supaya tindakan segera dapat diambil oleh jabatan berkaitan.

Dalam masa yang sama, Penyelaras Kawasan turut menyelaras pelaksanaan pelbagai program komuniti seperti gotong-royong, program sosial dan bantuan bencana. Mereka juga mengurus penyediaan laporan, permohonan permit serta mewakili pejabat dalam mesyuarat bersama NGO, persatuan dan agensi bagi memastikan setiap inisiatif berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, mereka turut menyelaraskan operasi lapangan bersama unit “flying squad” Pejabat Cawangan serta bekerjasama rapat dengan pelbagai jabatan dalam memastikan pematuhan peraturan dan kesejahteraan bandar sentiasa terpelihara.

Peranan ini dilaksanakan dengan penuh komitmen, termasuk tuntutan untuk bertugas di luar waktu pejabat, bagi memastikan kesejahteraan warga kota terus menjadi keutamaan. Mereka sekumpulan dari warga kerja DBKL yang komited dan ikhlas memberi sumbangan khidmat kepada anda walau mungkin tanpa disedari.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

02/05/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO