Default Banner

Orang Biasa, Jasa Luar Biasa: Perisai Kesihatan Warga Kota

Utama / Berita & Acara / Orang Biasa, Jasa Luar Biasa: Perisai Kesihatan Warga Kota

February 25th, 2026 by Admin JPRK

Di sebalik kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa meletakkan aspek kesihatan awam sebagai keutamaan. Keprihatinan ini diterjemahkan melalui tindakan berterusan memastikan setiap kawasan parlimen di ibu kota berada dalam keadaan bersih, selamat dan bebas daripada ancaman wabak. Bagi DBKL, kesejahteraan warga kota bukan sekadar agenda pentadbiran, tetapi satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan konsisten dan tegas.

Di lapangan, amanah ini digalas oleh Pembantu Kesihatan Awam DBKL, petugas yang sentiasa ada, walaupun jarang disedari. Mereka menjalankan pemeriksaan dan siasatan di rumah kosong, tapak binaan terbengkalai serta kawasan berisiko yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Operasi semburan ruang thermal (SRT) dilaksanakan mengikut keperluan, di samping kawalan serangga perosak seperti tikus, lalat dan lipas bagi memastikan persekitaran kekal terkawal.

Peranan mereka bukan sekadar membasmi, tetapi juga mendidik. Setiap turun padang adalah peluang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan mencegah penyakit bawaan vektor seperti demam denggi. Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak kerana kesihatan awam adalah tanggungjawab bersama.

Dalam masa yang sama, kebajikan haiwan dan kawalan makhluk perosak turut diberi perhatian. Kawalan kucing dan anjing liar dilaksanakan menggunakan kaedah yang selamat sebelum dibawa ke pusat kurungan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kawalan burung merpati juga dijalankan secara terancang demi menjaga kebersihan ruang awam.

Semua ini membuktikan bahawa DBKL sentiasa komited memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar raya yang sihat, selamat dan berdaya huni. Di sebalik setiap operasi dan tindakan, ada petugas yang bekerja tanpa mengira masa demi kesejahteraan warga kota. Mereka mungkin orang biasa, namun jasa yang dicurahkan untuk bandar ini sememangnya luar biasa.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

27/02/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO