Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 13th, 2026 by Admin JPRK
Dalam sebuah bandar raya yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur, pengurusan cerun dan kestabilan tanah merupakan antara cabaran penting yang perlu diberi perhatian secara berterusan. Faktor cuaca, pembangunan kawasan berbukit serta perubahan struktur tanah boleh meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh dan mengancam keselamatan awam sekiranya tidak dipantau dengan rapi.
Bagi memastikan keselamatan warga kota terus terpelihara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Unit Penyelenggaraan Cerun, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran melaksanakan pemantauan serta penyelenggaraan cerun secara berterusan di seluruh kawasan di bawah seliaan DBKL.
Pasukan ini bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti sebarang tanda awal ketidakstabilan cerun dan mengambil tindakan segera mengikut tahap risiko. Tugas mereka merangkumi kerja pembersihan saliran cerun, pemasangan perlindungan cerun, rawatan geoteknikal serta penyelarasan kerja baik pulih selepas kejadian tanah runtuh.
Selain itu, mereka turut memantau perkembangan kerja pembaikan di tapak, menyelia kontraktor, menjalankan tindakan susulan terhadap cerun berisiko serta memastikan setiap struktur penstabil cerun berada dalam keadaan baik dan selamat. Pemantauan berkala juga dilaksanakan terhadap cerun kelas III dan IV melibatkan tanah persendirian sebagai langkah pencegahan demi kesejahteraan seluruh warga kota.
Walaupun peranan mereka jarang dilihat secara langsung oleh masyarakat, komitmen dan ketelitian pasukan ini menjadi antara usaha penting DBKL dalam memastikan keselamatan infrastruktur bandar serta mengurangkan risiko bencana di Kuala Lumpur.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)