Default Banner

Orang Biasa, Jasa Luar Biasa

Utama / Berita & Acara / Orang Biasa, Jasa Luar Biasa

March 11th, 2026 by Admin JPRK

Anggota Unit Peronda Berbasikal Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan antara petugas yang sentiasa komited memastikan persekitaran bandar raya ini terpelihara dengan baik. Sejak ditubuhkan pada 9 Oktober 2017, unit ini memainkan peranan penting dalam membantu pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan tumpuan sekitar Kuala Lumpur melalui rondaan menggunakan basikal.

Antara tanggungjawab utama mereka ialah memastikan laluan basikal Blue Line di pusat bandar sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang halangan. Rondaan berkala yang dilaksanakan membolehkan pemantauan dibuat dengan lebih dekat demi keselesaan dan keselamatan para pengguna.

Selain itu, anggota unit ini turut menjalankan rondaan di kawasan River of Life (ROL) bagi memantau pelbagai isu bandar seperti kehadiran gelandangan, pembuangan sampah, pengurusan haiwan peliharaan serta aktiviti vandalisme.

Unit ini juga sering membantu operasi penguatkuasaan bersama jabatan dalaman DBKL dan agensi lain, selain melaksanakan rondaan di taman-taman awam bagi memastikan kawasan rekreasi kekal selamat, bersih dan selesa. Di samping itu, mereka turut aktif dalam program khidmat masyarakat yang mengeratkan hubungan antara DBKL dan komuniti.

Walaupun kelihatan sederhana, setiap kayuhan mereka mencerminkan komitmen dan keprihatinan dalam memastikan Kuala Lumpur terus kekal sebagai bandar yang selamat, bersih dan berdaya huni untuk semua.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

13/03/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO