Default Banner

Pelaksanaan Penuh Sistem Osc 3.0 Plus Online DBKL

Utama / Berita & Acara / Pelaksanaan Penuh Sistem Osc 3.0 Plus Online DBKL

August 28th, 2025 by Admin JPRK

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Peluncuran Sistem OSC 3.0 Plus Online DBKL versi terkini bersama Tatacara Baharu Permohonan Permit Pembinaan di Pusat Setempat (OSC), yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bertempat di Lobi Menara DBKL 1.

Mulai 1 Januari 2025, Sistem OSC 3.0 Plus Online telah digunakan sepenuhnya bagi permohonan Kebenaran Perancangan untuk projek berskala sederhana dan besar. Langkah ini menandakan peralihan menyeluruh daripada kaedah manual kepada platform digital bersepadu yang lebih telus, responsif dan efisien, sejajar dengan aspirasi transformasi perkhidmatan awam.

Peluncuran kali ini turut memperkenalkan penambahbaikan baharu melalui Borang Semakan Awal yang melibatkan kerjasama erat dengan Agensi Teknikal Sahabat (ATS) serta jabatan teknikal berkaitan.

Menerusi penambahbaikan ini, Principal Submitting Person (PSP) dan Submitting Person (SP) boleh mengemukakan permohonan semakan awal bagi projek berskala sederhana dan besar menggunakan Borang Semakan Awal yang tersedia dalam sistem.

Inisiatif ini akan mempercepatkan proses permohonan, meningkatkan kecekapan dan memastikan kualiti projek yang lebih baik sebelum dibawa ke Mesyuarat OSC DBKL.

Dengan sokongan lebih 28 ATS, sistem ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan prinsip Smart Governance serta penerapan Green Urban Governance, selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030 dan menyokong sasaran Neutral Karbon 2050.

DBKL yakin inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh daya saing industri pembinaan, malah memberi manfaat terus kepada masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur bandar yang moden serta inklusif.

Kuala Lumpur akan terus melangkah ke hadapan sebagai bandar raya pintar, hijau, rendah karbon dan berdaya saing bertaraf dunia selaras dengan visi Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua.

 

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO