Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 31st, 2026 by Admin JPRK
Keselamatan pengunjung dan warga kota sentiasa menjadi keutamaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Susulan beberapa insiden serta aktiviti tidak berlesen di sekitar KLCC baru-baru ini, DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempertingkatkan sistem pemantauan keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) pintar bagi membantu mencegah kejadian berulang serta memastikan pengalaman yang lebih selamat dan selesa untuk semua pengunjung.
Apakah fungsi CCTV pintar ?
Pemantauan Zon Berisiko
Memantau kawasan tumpuan secara berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan lebih awal.
*Pengecaman Wajah (Facial Recognition)
Membantu pihak berkuasa mengenal pasti individu yang dikehendaki.
Analisis Pergerakan
Mengesan tingkah laku luar biasa seperti gangguan terhadap pengunjung atau aktiviti yang berpotensi menyalahi undang-undang.
Penguatkuasaan Aktiviti Tidak Berlesen
Mengesan aktiviti tidak berlesen seperti penjaja haram dan ‘ulat foto’ yang menjejaskan keselesaan awam.
Pengurusan Trafik
Membantu mengenal pasti kesalahan seperti parkir berlapis (double parking) dan halangan di laluan utama sekitar Jalan Ampang.
Amaran Awal di Lokasi
Memberi peringatan secara langsung kepada pengunjung melalui sistem pembesar suara sebelum tindakan lanjut diambil.
Pemasangan Panic Button
Pengunjung boleh menekan panic button yang disambung secara terus dengan Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) dan Bilik Gerakan DBKL
DBKL akan memasang papan tanda larangan bagi perkhidmatan jurugambar berbayar di kawasan KLCC.
DBKL komited dalam memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang selamat dan selesa untuk dikunjungi.
Marilah kita bersama-sama menjaga bandar raya Kuala Lumpur yang kita sayangi.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)