Default Banner

Pemantauan Dan Penguatkuasaan Di Bazar Syawal Masjid India

Utama / Berita & Acara / Pemantauan Dan Penguatkuasaan Di Bazar Syawal Masjid India

March 2nd, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan ke atas aktiviti perniagaan di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman, Masjid India pada Sabtu, 28 Februari 2026.

Pemantauan dan pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan kesemua pemilik perniagaan atau pemegang lesen Bazar Syawal mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan penganjuran bazar tahun ini berjalan dengan lancar.

Tindakan penguatkuasaan tegas melibatkan pengeluaran notis kompaun, pembatalan lesen, tindakan sita / pindah halang termasuklah kepada peniaga yang melanggar syarat lesen seperti penglibatan warga asing, jual tapak niaga (ali baba lesen), membuat halangan laluan awam dan lain-lain kesalahan am dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Selain kawalan dan pemantauan ke atas peniaga, DBKL turut membuat kawalan dan penguatkuasaan sekitar jalan-jalan utama di kawasan Masjid India melalui pasukan Warden Trafik DBKL dengan kerjasama erat dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran lalulintas berjalan dengan baik.

Turut hadir sama membuat pemantauan dan pemeriksaan di Bazar Syawal, Jabatan Imigresen Malaysia WPKL (JIM) bagi pemeriksaan ke atas penglibatan warga negara asing dalam aktiviti perniagaan, pembantu premis atau pengungjung yang melakukan kesalahan-kesalahan am lain.

DBKL akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan Bazar Syawal di Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

4. 644654358 1477474930607858 2765053171751993286 n

4. 642793752 1477474630607888 6630191985671915738 n

4. 642379449 1477474863941198 2977329154105524187 n

4. 644552461 1477474583941226 6504592316088534678 n