Default Banner

Pembukaan Semula Pejabat Pos Besar Lama Semarakkan Inisiatif Warisan KL di Ibu Kota

Utama / Berita & Acara / Pembukaan Semula Pejabat Pos Besar Lama Semarakkan Inisiatif Warisan KL di Ibu Kota

May 23rd, 2026 by Admin JPRK

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri lawatan sempena pembukaan semula Pejabat Pos Besar Lama di Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Pembukaan semula bangunan warisan bersejarah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemuliharaan warisan oleh Khazanah Nasional Berhad di bawah Dana Warisan dan Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL), yang bertujuan menghidupkan semula bangunan-bangunan ikonik ibu kota sebagai ruang awam berteraskan budaya, sejarah dan komuniti.

Inisiatif Warisan KL turut memberi fokus kepada pemeliharaan identiti Kuala Lumpur melalui pemulihan bangunan warisan, sekali gus memperkukuh sektor pelancongan, ekonomi bandar dan warisan budaya negara untuk generasi akan datang.

background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

09/06/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO