Default Banner

Penambahbaikan Ruang Bandar Dan Landskap Lebih Teratur

Utama / Berita & Acara / Penambahbaikan Ruang Bandar Dan Landskap Lebih Teratur

April 2nd, 2026 by Admin JPRK

Pada hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tinjauan di sekitar pusat bandar bagi meneliti isu penggunaan ruang, kemudahan awam serta landskap bandar.

Antara lokasi yang ditinjau termasuk Lot 4 (Belakang Campbell), tanah lapang di Jalan Sultan Ismail serta kawasan hijau hadapan Wisma FGV. Hasil tinjauan mendapati beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan termasuk penyusunan semula kawasan kepada gabungan landskap dan parkir, pembangunan parkir berkonsepkan taman, pemasangan bollard bagi mengawal kemasukan motosikal ke kawasan hijau, serta naik taraf landskap sedia ada.

Selain itu, DBKL turut akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kemudahan keselamatan seperti anticlimb yang rosak serta mempergiat tindakan penguatkuasaan melalui operasi kompaun dan sitaan terhadap motosikal yang diletakkan di kawasan tidak dibenarkan.

Selaras dengan hasrat bandar raya yang lebih mampan, ruang hijau yang terbiar akan diperindahkan dan dipulihara termasuk melalui pendekatan microforest di lokasi bersesuaian. Dalam masa sama, DBKL memastikan setiap ruang dimanfaatkan secara optimum dengan penyediaan fasiliti terbaik untuk rakyat, landskap yang indah, persekitaran yang bersih dan kemas serta bebas daripada sebarang halangan.

Tindakan susulan akan dilaksanakan oleh jabatan berkaitan bagi memastikan persekitaran bandar yang lebih teratur, selamat dan selesa untuk semua warga kota.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

10/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO