Default Banner

Penambahbaikan Trafik di Jalan Jalil Perkasa 1

Utama / Berita & Acara / Penambahbaikan Trafik di Jalan Jalil Perkasa 1

May 7th, 2026 by Admin JPRK

Satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan penambahbaikan aliran trafik di Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil diadakan pada 6 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh TPr. Siti Hanim binti Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL dengan kehadiran YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh, wakil komuniti dan persatuan penduduk setempat.

Wakil perunding membentangkan cadangan penambahbaikan bagi melancarkan aliran trafik termasuk inisiatif mengurangkan tempoh menunggu di lampu isyarat serta meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

Wakil komuniti dan persatuan penduduk telah mengemukakan pandangan, maklum balas serta cadangan penambahbaikan berdasarkan keadaan semasa di kawasan tersebut.

2. 687040664 1531739265181424 253852204628114778 n

2. 687845319 1531739308514753 8630647998450962823 n