Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
June 1st, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam proses menambah baik pengurusan permohonan sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Langkah ini bagi memastikan hanya permohonan daripada pemohon yang layak, aktif dan telah mengemas kini maklumat terkini sahaja yang akan diproses.
Sehubungan itu, pemohon yang masih berminat dan memenuhi syarat kelayakan diminta untuk mengemas kini permohonan masing-masing melalui portal e-perumahan di laman sesawang https://eperumahan.dbkl.gov.my
Tempoh masa pengemaskinian maklumat bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026 (2 bulan). Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan boleh didapati di ruangan Berita Terkini dan Pengumuman di portal tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa permohonan yang tidak dikemas kini sejak tahun 2024 dan ke bawah akan dianggap tidak aktif.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)