Default Banner

Penjaja Terima Surat Tawaran Beroperasi Di Kompleks Bazaria Wangsa Maju

Utama / Berita & Acara / Penjaja Terima Surat Tawaran Beroperasi Di Kompleks Bazaria Wangsa Maju

July 1st, 2025 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung sesi libat urus dan penyerahan surat tawaran penempatan kepada peniaga yang bakal beroperasi di Kompleks Bazaria Wangsa Maju.

Kompleks empat tingkat ini dibangunkan oleh DBKL bagi mewujudkan pusat perniagaan yang lebih tersusun dan kondusif, menggantikan tapak asal Uptown Danau Kota (Bazaria Larut Malam). Ia turut menempatkan pelbagai kemudahan seperti gerai makanan, pejabat pengurusan, surau, tempat letak kereta dan gelanggang futsal untuk kegunaan komuniti setempat.

Seramai 400 peniaga hadir bagi menerima surat tawaran dalam sesi hari ini, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Penjaja DBKL. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkasa perniagaan penjaja agar lebih berdaya saing, teratur dan inklusif.

Dengan kawalan keselamatan yang lebih sistematik serta pengurusan bangunan yang efisien, DBKL yakin Kompleks Bazaria Wangsa Maju akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat dan menyumbang kepada kesejahteraan warga kota.

Pembinaan kompleks ini juga sejajar dengan pelaksanaan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang diperkenalkan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sebagai salah satu medium untuk memperkasakan warga Wilayah Persekutuan, khususnya dalam bidang keusahawanan dan penyediaan infrastruktur.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

02/07/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO