Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin memaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar Jalan U Thant akan ditutup sementara bermula 6 Julai 2026 hingga 31 Januari 2027 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembinaan pipe jacking.
Laluan yang terlibat adalah seperti berikut:
• Penutupan penuh laluan keluar dari Jalan U Thant ke Jalan Tun Razak (berhampiran Regal House).
• Penutupan penuh laluan masuk dari Jalan Tun Razak ke Jalan Langgak Golf (berhampiran Kedutaan Iraq).
• Jalan Langgak Golf akan dijadikan laluan sehala bagi pergerakan keluar menuju ke Jalan Tun Razak.
Laluan alternatif yang disarankan:
• Pengguna jalan raya dari arah Jalan Tun Razak yang ingin menuju ke Jalan U Thant, Jalan Taman U Thant, Jalan Maidge, Persiaran Ampang Hilir dan Jalan Langgak Golf hendaklah menggunakan Jalan U Thant sebagai laluan masuk.
• Pengguna jalan raya dari kawasan Jalan U Thant, Jalan Taman U Thant, Jalan Maidge, Persiaran Ampang Hilir dan Jalan Langgak Golf yang ingin menuju ke Jalan Tun Razak hendaklah menggunakan Jalan Langgak Golf sebagai laluan keluar.
DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda serta arahan trafik yang disediakan, menggunakan laluan yang telah ditetapkan mengikut Pelan Pengurusan Trafik, dan memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan kerja pembinaan.
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan projek ini dapat disempurnakan dengan lancar, selamat dan mengikut jadual.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak berkaitan di talian 012-264 2310.

