Default Banner

Perasmian Surau Jumaat DBKL Perkukuh Aktiviti Kerohanian Buat Warga Kerja

Utama / Berita & Acara / Perasmian Surau Jumaat DBKL Perkukuh Aktiviti Kerohanian Buat Warga Kerja

May 16th, 2026 by Admin JPRK

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Watikah Pengisytiharan Surau Al-Amin, Tingkat 10, Menara DBKL 2 sebagai Surau Jumaat yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pengisytiharan ini membolehkan Surau Al-Amin mendirikan solat Jumaat secara rasmi sekali gus memberi kemudahan dan keselesaan kepada warga kerja DBKL serta komuniti setempat dalam melaksanakan ibadah.

Institusi surau dan masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah, malah menjadi pusat penyatuan ummah, pembangunan kerohanian, penyebaran ilmu serta pengukuhan hubungan sesama masyarakat.

Kemudahan ini juga berperanan sebagai pusat pengukuhan nilai-nilai murni, perpaduan dan kesejahteraan warga kerja. Pada masa yang sama, DBKL sedang merancang pembinaan surau baharu yang lebih selesa dan kondusif bagi manfaat warga kerja dan pengunjung pada masa hadapan.

Kelulusan kebenaran mendirikan solat Jumaat ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 1/2026 dan berkuat kuasa mulai Jumaat, 6 Mac 2026.

Semoga pengisytiharan Surau Al-Amin sebagai Surau Jumaat ini dapat terus mengimarahkan syiar Islam serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan, kesejahteraan dan nilai-nilai murni.

3. 700074960 1538566044498746 7763479283803299546 n

3. 700083629 1538566177832066 6785277376463452662 n

3. 700119501 1538566077832076 6479812204600399028 n

3. 700642526 1538566337832050 4658141043492728526 n