Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
June 25th, 2026 by Admin JPRK
Pada hari ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi bulan Jun 2026 bertempat di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, barisan Pengurusan Tertinggi, Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja DBKL.
Perhimpunan bulanan ini merupakan platform bagi memperkukuh komunikasi organisasi, menyampaikan amanat kepimpinan serta menghargai komitmen dan dedikasi warga kerja dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada warga kota.
Dalam amanatnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur menyeru seluruh warga kerja DBKL agar terus menghayati semangat hijrah sebagai pemangkin kepada perubahan yang lebih baik melalui pemerkasaan integriti, peningkatan profesionalisme serta pembudayaan budaya kerja cemerlang. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga kerja melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab demi memastikan Kuala Lumpur terus kekal sebagai sebuah bandar raya yang mampan, bersih, selamat dan sejahtera.
Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) sebagai usaha memperkukuh kecekapan, integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sehubungan itu, seluruh warga kerja diseru untuk membudayakan amalan kerja yang lebih cekap, inovatif dan berorientasikan rakyat dalam mendukung aspirasi reformasi perkhidmatan awam.
Selain itu, Datuk Bandar turut menegaskan bahawa kesejahteraan komuniti bandar merupakan tanggungjawab bersama. Setiap tindakan, keputusan dan perkhidmatan yang diberikan oleh DBKL memberi impak secara langsung kepada kehidupan warga kota. Oleh itu, seluruh warga kerja diseru untuk terus mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang responsif, berintegriti, profesional serta memanfaatkan teknologi dan pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Beliau turut mengingatkan agar setiap warga kerja sentiasa memelihara etika sebagai penjawat awam, termasuk ketika menggunakan media sosial, demi memastikan imej dan reputasi DBKL terus terpelihara. Di samping itu, semua jabatan turut diseru membuat persediaan awal bagi menghadapi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 melalui usaha memperhebatkan kebersihan, penyelenggaraan kemudahan awam, pengindahan landskap serta pemasangan Jalur Gemilang di premis-premis DBKL.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil dan trofi kepada penerima Johan Keseluruhan Sukan Pantai Persatuan Berkanun Malaysia (SUPANUN) 2026, Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2026 serta Anugerah Pencapaian Luar Biasa DBKL sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan, dedikasi dan sumbangan mereka kepada organisasi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja untuk terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, mengamalkan integriti serta memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan warga kota dan kemajuan Kuala Lumpur.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)