Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 15th, 2026 by Admin JPRK
Amanat Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam Perhimpunan Bulanan DBKL Mei 2026 menekankan kepentingan budaya kerja yang proaktif, berintegriti dan berorientasikan penyelesaian demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada warga kota terus diperkasa. Datuk Bandar turut menyeru seluruh warga DBKL agar mengutamakan kecekapan, pengurusan perbelanjaan secara berhemah serta memberi perhatian serius terhadap aduan dan keperluan rakyat.
Pelbagai pencapaian dan inisiatif DBKL turut dikongsikan termasuk usaha memperkukuh tadbir urus, memperluas akses kemudahan awam, memperhebat mitigasi banjir serta meningkatkan kesejahteraan warga kota melalui pendekatan bandar yang lebih inklusif, selamat dan mampan. Turut disentuh ialah mengenai Surau Jumaat Menara DBKL 2 yang akan dirasmikan pada 15 Mei 2026. Kemudahan ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat pengukuhan nilai-nilai murni, perpaduan dan kesejahteraan warga kerja.
Dalam masa yang sama, turut diadakan Majlis Penyampaian Sijil Penganugerahan Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) atas pengiktirafan 3 Bintang bagi Menara DBKL 1 dan 1 Bintang bagi Menara DBKL 2 serta Anugerah Khas Penghargaan Komitmen.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada DBKL atas penerimaan anugerah Local Authority of the Year sempena The Inaugural RISM Property Surveying Awards 2026, iaitu satu pengiktirafan berprestij oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).
Selain itu, turut disampaikan Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2025 kepada Encik Oswald Velantino Liew daripada Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan DBKL atas komitmen, dedikasi serta kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Di majlis yang sama turut diperkenalkan warga kerja yang baru menyertai keluarga besar DBKL selain turut diumumkan pencapaian cemerlang DBKL dalam penyampaian perkhidmatan yang menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah.
Semoga seluruh warga DBKL terus berganding bahu dengan semangat kebersamaan dan rasa tanggungjawab tinggi dalam merealisasikan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)