Default Banner

Perkasa Peranan Wanita

Utama / Berita & Acara / Perkasa Peranan Wanita

June 21st, 2025 by Admin JPRK

Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri Majlis Gala Dinner Women’s Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana MITI. Majlis ini menghimpunkan pemimpin wanita dari pelbagai latar belakang di rantau ASEAN dan antarabangsa, dalam suasana yang penuh inspirasi dan bersemangat.

Menerusi tema “Women Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of the ASEAN Sheconomy”, Datuk Bandar dalam ucapannya menekankan kepentingan untuk meletakkan wanita di tengah-tengah agenda pembangunan serantau. Beliau turut menyatakan bahawa Sheconomy bukan sekadar model ekonomi tetapi visi keadilan, kesaksamaan dan pertumbuhan bersama.

Selain itu, beberapa agenda penting Malaysia bagi tahun ini turut disentuh. Ini termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN, selain memaklumkan tentang penganjuran Women-Led Cities Masterclass sempena Forum Perbandaran Mampan ASEAN yang bakal berlangsung Ogos ini di Kuala Lumpur.

Malam ini juga menjadi penghormatan kepada tokoh-tokoh wanita yang menerima anugerah atas sumbangan besar mereka dalam bidang profesional dan keusahawanan sekaligus membuktikan bahawa wanita bukan hanya memecahkan tembok, malah membina jambatan kemajuan.

DBKL komited untuk terus menyokong kepimpinan wanita dalam pembangunan bandar yang inklusif, responsif dan selamat untuk semua. Ayuh kita jayakan masa depan ASEAN bersama, dengan wanita sebagai pemangkin utama transformasi.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO