Default Banner

Pertemuan Wakil UNICEF Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Pertemuan Wakil UNICEF Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur

February 5th, 2025 by Admin

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah menerima kunjungan dari delegasi UNICEF yang diketuai oleh Mr Robert Gass, Wakil UNICEF Malaysia dan Wakil Khas UNICEF Brunei Darussalam di pejabat beliau.

Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan beberapa agenda utama, termasuk cadangan Program Belanjawan 2025 “Cash Plus” bagi membantu kanak-kanak yang tinggal di PPR sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, perbincangan turut menekankan inisiatif bandar mesra kanak-kanak bagi memastikan kesejahteraan golongan muda dalam persekitaran bandar yang lebih selamat dan mesra kanak-kanak.

Isu perubahan iklim turut dibincangkan. Ianya merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan bandar yang lestari. DBKL dan UNICEF berusaha untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dalam memastikan kesejahteraan komuniti, khususnya golongan kanak-kanak, terus diperkasa di ibu kota.

1. 476005712 1166004245088263 334579991900926590 n 1536x1025

1. 476029398 1166009498421071 7967717194714206352 n 1536x1025

1. 476104035 1166004151754939 6583264536165329976 n 1536x1025

1. 476144261 1166004158421605 4220377254280753297 n 1536x1025