Default Banner

Pesona Malam di Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

Utama / Berita & Acara / Pesona Malam di Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

July 28th, 2025 by Admin JPRK

Bila malam menjelma, kawasan landskap di Borneo Flora Festival @ 2025 (BFF2025) berubah menjadi alam magis yang diterangi ribuan lampu warna-warni berkilauan. Setiap bahagian dan sudut taman dihiasi pancaran cahaya yang mencipta suasana menawan dan penuh warna-warni umpama melangkah ke dalam dunia fantasi flora.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, Isteri TYT Yang di-Dipertua Negeri Sarawak, YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Puan Sri Maheran Jamil, isteri Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur menikmati suasana malam di laman landskap BFF2025.

Pokok-pokok hiasan seperti Philodendron, Palma, dan orkid-orkid eksotik bersinar lembut di bawah limpahan lampu yang artistik. Bunga-bungaan tampak semakin anggun disimbah cahaya bervariasi warna.

Mari singgah ke Taman Lumora DBKL di Borneo Flora Festival 2025 @ Labuan.

1. 523427694 1297167371971949 6195168350399785390 n

1. 523668558 1297167295305290 6366006614472795137 n

1. 524327341 1297167325305287 6815042805700044050 n

1. 524853980 1297167278638625 7791686147129156743 n