Default Banner

Program Gotong-Royong Membasmi Wabak Denggi Di Kg. Kuantan, Jalan Gombak

Utama / Berita & Acara / Program Gotong-Royong Membasmi Wabak Denggi Di Kg. Kuantan, Jalan Gombak

August 4th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Membasmi Wabak Denggi bertempat di Kg. Kuantan, Jalan Gombak yang didaftarkan sebagai lokaliti wabak Rumah Setinggan Belakang KL Traders, Jalan Gombak.

Program Gotong-Royong ini telah melibatkan penyertaan seramai 100 orang terdiri daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (DBKL), Pejabat Cawangan Wangsa Maju (DBKL), Majlis Perwakilan Pendudun Sub Zon 2 Parlimen Wangsa Maju, Persatuan Penduduk Kg. Kuantan, SWCorp, Alam Flora serta Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Wangsa Maju.

Program Gotong-Royong ini diadakan susulan peningkatan kes demam denggi di lokaliti berkenaan yang telah merekodkan 27 kes termasuk satu kes kematian, dengan status wabak Hotspot. Pelaksanaan gotong-royong ini merupakan antara inisiatif bersepadu DBKL dalam usaha memutuskan rantaian penularan penyakit denggi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk pemeriksaan rumah ke rumah, pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, pendidikan kesihatan kepada penduduk, pameran dan hebahan kesedaran denggi, Program Trash to Cash, pembersihan kawasan, kutipan sisa pepejal serta pelupusan barang-barang lusuh yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Selain itu, aktiviti kawalan denggi seperti pemeriksaan rumah ke rumah, semburan fogging dan kawalan lain-lain akan diteruskan secara berkala bagi memastikan penularan wabak denggi dapat dikawal dengan lebih berkesan.

DBKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi, rakan strategik, pertubuhan penduduk dan warga komuniti yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Kerjasama berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan Kuala Lumpur bebas daripada ancaman denggi.

 

1. 762916865 1608184120870271 6478574218407119783 n

1. 763119773 1608184310870252 2902712436673073472 n

1. 762585202 1608184097536940 3738484186857035513 n

1. 762916872 1608184387536911 2192516003475504514 n