Default Banner

Program Kesedaran Denggi Peringkat Sekolah Di SMK St. Gabriel

Utama / Berita & Acara / Program Kesedaran Denggi Peringkat Sekolah Di SMK St. Gabriel

December 17th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan aktiviti ceramah dan pameran berkaitan demam denggi di SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur pada 16 Disember 2025 bersempena Program Kesedaran Denggi peringkat sekolah.

Program ini melibatkan seramai 100 orang pelajar dan bertujuan memberi pendedahan awal mengenai bahaya demam denggi, cara mengenal pasti tempat pembiakan nyamuk Aedes serta langkah kawalan kendiri yang boleh diamalkan bagi mencegah pembiakan jentik-jentik.

Sebagai sokongan berterusan kepada pihak sekolah, DBKL turut menyerahkan poster demam denggi dan racun Abate untuk kegunaan pencegahan di persekitaran sekolah. Usaha ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memperkasa kesedaran kesihatan awam dan membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap kebersihan serta pencegahan penyakit.

7. 598559581 1416969046658447 1353898068877000214 n

7. 599463443 1416968783325140 6224987964120801553 n

7. 598959996 1416968959991789 8173258651564159284 n

7. 600278981 1416969016658450 1550569063988244023 n