Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
April 18th, 2026 by Admin JPRK
Hari ini telah berlangsung Program Komuniti KL Bebas Asap Rokok bertempat di Pusat Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat kepada warga setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL serta turut dihadiri oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL dan YBrs. TPr Hj. Rosli bin Nordin, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL.
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna, suntikan tifoid, reruai kesihatan dan pameran kesihatan, ujian kumpulan darah, saringan kesihatan, cabutan bertuah, pertandingan futsal serta gotong royong komuniti.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya merokok serta kesan asap rokok kepada kesihatan awam, khususnya dalam kalangan keluarga dan komuniti setempat. Inisiatif ini juga menggalakkan persekitaran yang lebih sihat, bersih dan selamat selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar bebas asap rokok.
Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Partnership for Healthy Cities, SWCorp Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, AVA, Alam Flora dan Local Action 21 Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuh impak pelaksanaan program kepada komuniti.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)