Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 16th, 2026 by Admin JPRK
Pada hari ini telah berlangsung Program Komuniti Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) 2026 bertempat di Pusat Komuniti Gombak, Kuala Lumpur dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Program anjuran DBKL ini melibatkan penduduk PPR Gombak Setia, PA Sri Kedah, PA Seri Langkawi 2 serta komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya asap rokok dan vape terhadap kesihatan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan saringan kesihatan.
KLBAR turut menjadi platform membina norma masyarakat bebas rokok menerusi kerjasama strategik bersama UKM, KKM, AADK, Monash University, Bank Negara Malaysia dan pemimpin komuniti.
Dilaksanakan sejak tahun 2017 di bawah kerangka Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21KL), KLBAR merupakan antara inisiatif utama DBKL dalam usaha melindungi warga kota daripada asap rokok basi (secondhand smoke) selaras aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya sihat dan mampan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuk pertandingan futsal terbuka, gotong-royong cegah denggi dan plogging, lawatan ke rumah klien AADK Sentul, pertandingan mewarna kanak-kanak serta sesi pocket talk berkaitan pencegahan dadah, penguatkuasaan Akta 852 dan pengurusan kewangan komuniti.
Turut disediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti saringan penyakit tidak berjangkit, smokelyzer, pemeriksaan kesihatan mental, saringan anemia, pemeriksaan jenis darah, pameran pemakanan sihat, Wellness on Wheel (WOW Truck), kaunter suntikan tifoid serta inisiatif kitar semula 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R).
Untuk rekod, KLBAR pernah menerima pengiktirafan Anugerah Asia Pacific Cities Alliance for Health and Development (APCAT) 2019 serta berjaya meningkatkan kadar pematuhan zon bebas asap rokok di Kuala Lumpur daripada 48.4% pada tahun 2019 kepada 82.4% pada tahun 2022. Kuala Lumpur juga merupakan bandar pertama di Malaysia yang mewartakan laluan pejalan kaki bertutup sebagai zon bebas asap rokok sejak tahun 2017.
DBKL komited untuk terus memperkasa program berteraskan kesejahteraan komuniti dan kesihatan awam demi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih sihat, selamat dan berkualiti.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)