Default Banner

Program Mucang² Komuniti MADANI @ Titiwangsa (BeST@Titiwangsa)

Utama / Berita & Acara / Program Mucang² Komuniti MADANI @ Titiwangsa (BeST@Titiwangsa)

June 22nd, 2025 by Admin JPRK

Program Mucang-mucang Komuniti MADANI @ Titiwangsa telah berlangsung meriah di Desa Pandan dengan penyertaan lebih 200 orang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, persatuan penduduk serta komuniti setempat.

Program dimulakan dengan ucapan YBrs. Tuan Hj Badrol Hisham bin Hj Baharuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL dan diikuti oleh Datuk Azizulrahman bin Mohd Hussain Mualim, Pengerusi MPP Zon Titiwangsa. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya plogging, Trash to Cash, pertandingan mewarna, pameran agensi sahabat dan penanaman pokok.

Hasilnya, sebanyak 590kg sisa telahberjaya dikumpul dan dikitar semula dengan nilai pulangan RM833.56, selari dengan aspirasi #ZeroWasteKL. Terima kasih warga Titiwangsa atas komitmen menjadikan Kuala Lumpur lebih bersih dan hijau!

4. 510259281 1269703981384955 6698246412742483921 n

4. 510094002 1269703951384958 7866998352925031157 n

4. 510546101 1269703964718290 883319262055090193 n

4. 511068885 1269704001384953 450295043462697115 n