Default Banner

Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Bukit Bintang

Utama / Berita & Acara / Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Bukit Bintang

March 8th, 2026 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Bukit Bintang bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang bersama YBrs Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL serta wakil agensi berkaitan.

Melalui program ini, seramai 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan miskin bandar sekitar Parlimen Bukit Bintang telah menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

1. 648398339 1482139313474753 2539188290659630412 n

1. 649008653 1482139413474743 6127614556653197031 n

1. 648647452 1482139466808071 194688762736578336 n

1. 648834339 1482139256808092 4684322630692603650 n