Default Banner

Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Wangsa Maju

Utama / Berita & Acara / Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Wangsa Maju

March 9th, 2026 by Admin JPRK

Semalam telah diadakan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Wangsa Maju yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melati, Impian Kuala Lumpur.

Program ini dihadiri oleh YBrs. TPr Haji Rosli bin Nordin, Pengarah Eksekutif Perancang DBKL bersama wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) serta agensi berkaitan.

Melalui program ini, seramai 300 penerima daripada golongan asnaf dan miskin bandar sekitar Parlimen Wangsa Maju telah menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan.

Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

2. 648505235 1482720450083306 9050894124085953273 n

2. 648599787 1482720536749964 7773640965156451267 n

2. 648667644 1482720580083293 2944644494391502603 n

2. 649566924 1482720633416621 9187732621095685770 n