Default Banner

Program Plogging DBKL Bersama PLKN Perkasa Kesedaran Kelestarian Bandar

Utama / Berita & Acara / Program Plogging DBKL Bersama PLKN Perkasa Kesedaran Kelestarian Bandar

May 18th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menganjurkan Program Plogging bertempat di Dataran DBKL, Menara DBKL 1, Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan seramai 300 peserta terdiri daripada pelatih PLKN dan warga kerja DBKL ini telah melaksanakan aktiviti plogging iaitu larian santai sambil mengutip sampah di sekitar kawasan program sebagai usaha memperkukuh budaya kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Sebanyak 189.30 kilogram sisa berjaya dikumpulkan melibatkan 78.5 kilogram bahan boleh dikitar semula seperti plastik, kertas dan tin aluminium serta 110.5 kilogram sisa buangan am yang tidak boleh dikitar semula.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040 serta inisiatif Zero Waste@KL dalam memperkasa kesedaran sivik, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama terhadap penjagaan kebersihan bandar raya.

5. 701612673 1540451147643569 2422874074088900529 n

5. 701612675 1540451324310218 2761266807733152196 n

5. 701624063 1540451264310224 487431452892277466 n

5. 700827687 1540451017643582 175847504796804430 n