Default Banner

Program Sentuhan Kasih Kpkt 3.0 @ Bandar Tun Razak

Utama / Berita & Acara / Program Sentuhan Kasih Kpkt 3.0 @ Bandar Tun Razak

August 30th, 2025 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 di Cheras, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini merupakan kesinambungan usaha kerajaan dalam menyantuni rakyat dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik dan menyeluruh.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Menerusi program ini, beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan, antaranya penyerahan peruntukan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), lawatan ke projek naik taraf kemudahan awam seperti tandas, laluan pejalan kaki berbumbung dan hentian bas di Taman Tasik Permaisuri, lawatan ke Tapak Lestari Niaga MADANI di Anjung Selera Jalan Jujur yang memperkasa penjaja kecil dan peniaga setempat, serta peninjauan ke Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan bagi projek penggantian lif demi keselesaan penduduk.

Program ini mencerminkan kerjasama erat antara KPKT, DBKL dan kepimpinan setempat dalam memastikan kesejahteraan warga kota sentiasa diberi keutamaan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina sebuah bandar raya yang lestari, kondusif dan inklusif untuk semua.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

13/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO