Default Banner

Sekolah Dan Komuniti Pemacu Kelestarian Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Sekolah Dan Komuniti Pemacu Kelestarian Kuala Lumpur

October 30th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh agenda kelestarian bandar menerusi penganjuran Majlis Anugerah Sekolah Mampan 2024–2026 LA21KL dan Penyampaian Geran Masyarakat MADANI Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 (2.0) pada 27 Oktober 2026, bertempat di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.

Majlis ini menyaksikan pengiktirafan kepada 42 buah sekolah atas usaha membudayakan amalan kelestarian, dengan jumlah insentif keseluruhan sebanyak RM105,000. Selain itu, geran turut disampaikan kepada 11 penerima bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif rendah karbon di Kuala Lumpur.

Usaha ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memperkasa institusi pendidikan dan komuniti sebagai rakan strategik untuk menerapkan amalan mesra alam, mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Melalui kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, sekolah dan masyarakat, agenda pembangunan bandar mampan dapat diperkukuh demi mewujudkan Kuala Lumpur yang lebih hijau, bersih, berdaya tahan dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Bersama Membudayakan Kelestarian, Demi Masa Depan Kuala Lumpur yang Lebih Mampan!

1. 876603332 1426830242846386 1847937544396712866 n

1. 878081319 1704650274567395 7584399017387435503 n

1. 828509415 1120610437578342 4102092146660400555 n

1. 869107432 2536078380192637 6587001304283671413 n