Default Banner

Selangkah Lebih Hadapan Demi Kuala Lumpur Dan Wilayah Sekitarnya

Utama / Berita & Acara / Selangkah Lebih Hadapan Demi Kuala Lumpur Dan Wilayah Sekitarnya

July 3rd, 2026 by Admin JPRK

Cabaran mengurus sebuah bandar raya tidak mengenal sempadan pentadbiran. Justeru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor bagi memastikan setiap isu yang melibatkan kawasan sempadan dapat ditangani secara lebih bersepadu, pantas dan berkesan.

Menerusi Mesyuarat Penyelarasan Strategik DBKL dan PBT Selangor, pelbagai inisiatif kerjasama telah dipersetujui sebagai langkah memperkukuh penyelarasan antara agensi dalam aspek pengurusan bandar, pembangunan, infrastruktur, kebersihan, penguatkuasaan serta kesejahteraan komuniti.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen DBKL untuk terus bergerak melangkaui pendekatan konvensional dengan mengutamakan kerjasama rentas agensi demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan menyeluruh kepada rakyat.

DBKL percaya bahawa bandar yang mampan dan berdaya huni hanya dapat dibangunkan melalui kerjasama yang erat, komunikasi yang berkesan serta perkongsian tanggungjawab antara semua pihak.

1. 735687366 2894535094214626 3958453380876584724 n

1. 734756122 1579966813692002 5016076360990720760 n

1. 734528693 1579966867025330 2580396953840307642 n

1. 738283891 1579966730358677 5182637099256278148 n