Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak anjuran Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak, DBKL telah berlangsung pada 12 Ogos 2026.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datoβ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bersama pengarah-pengarah jabatan, wakil agensi serta pemimpin komuniti setempat.
Antara pengisian program ialah perbarisan kawad anggota penguat kuasa diiringi brass band, penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi dan rakan strategik serta pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan awam dan agensi.
Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara DBKL, pemimpin masyarakat, komuniti dan rakan strategik, di samping menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.