Default Banner

Seminar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)

Utama / Berita & Acara / Seminar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)

January 28th, 2026 by Admin JPRK

Pada 27 hingga 29 Januari 2026, telah berlangsung Seminar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bertempat di Hotel Premiera.

Seminar ini melibatkan seramai 113 peserta terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, bertujuan memberi pendedahan berkaitan akta baharu larangan merokok serta meningkatkan pengetahuan dalam memperkasakan penguatkuasaan dan kompetensi tindakan di lapangan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL.

Sepanjang seminar, para peserta turut menerima perkongsian ilmu daripada tiga penceramah jemputan iaitu En. Mohd Rizal bin Rusuli dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Pn. Ainan Masni bt Abdullah Sani dari Jabatan Undang-undang & Pendakwaan serta En. Yusman bin Haiti dari Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat serta para peserta yang menjayakan seminar ini demi memperkukuh usaha kesihatan awam di Kuala Lumpur.

2. 622808567 1450283049993713 5623892660869494233 n

2. 622798722 1450283133327038 8193536583811739320 n

2. 624589220 1450283083327043 8510881089380121608 n

2. 623712856 1450283306660354 7107061008726891611 n