Default Banner

Sesi Turun Padang Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL Ke Bazaria Wangsa Maju

Utama / Berita & Acara / Sesi Turun Padang Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL Ke Bazaria Wangsa Maju

July 18th, 2025 by Admin JPRK

YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, telah turun padang ke Bazaria Wangsa Maju pada hari ini bagi meninjau perkembangan terkini di kawasan tersebut, khususnya berkaitan proses pemindahan penjaja dari tapak asal mereka di Uptown Danau Kota (Bazaria Larut Malam).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen DBKL dalam memastikan kelancaran proses pemindahan serta menjamin kebajikan dan kesinambungan perniagaan para penjaja yang terlibat. Dalam sesi tinjauan tersebut, beliau meneliti aspek susun atur gerai, kemudahan asas yang disediakan, keselesaan pelanggan, serta keadaan persekitaran secara menyeluruh.

Diharapkan penempatan semula ke Bazaria Wangsa Maju ini dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, selesa dan tersusun untuk para penjaja, di samping menarik kehadiran lebih ramai pengunjung serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

2. 518357340 1290514825970537 7797971274604201196 n

2. 518342389 1290514905970529 3856651821305641743 n

2. 518272645 1290514765970543 3429008759091938372 n

2. 518326612 1290514819303871 1101676666350842355 n