Default Banner

Sesi Walkabout Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Think City

Utama / Berita & Acara / Sesi Walkabout Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Think City

February 17th, 2025 by Admin

Hari ini, YBhg. Datoโ€™ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pihak Think City telah mengadakan sesi walkabout bagi meninjau status terkini Projek Andalan 10 โ€“ Kuala Lumpur Creative and Culture District yang memberi tumpuan kepada fesyen dan tekstil.

Dalam sesi ini, beberapa lokasi strategik sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikunjungi, termasuk kedai kain, kedai emas, Selangor Mansion, Wakaf Buta, Wisma Yakin dan Masjid India. Perbincangan turut menekankan peranan perniagaan tradisional dalam ekosistem ekonomi setempat serta potensi pengaktifan ruang awam melalui seni awam, program berkurasi, serta promosi perniagaan melalui penceritaan.

DBKL terus komited dalam memperkukuh ekonomi bandar serta memperkasakan usahawan tempatan seiring dengan pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar kreatif dan berdaya saing.

Hadir sama dalam sesi tersbut ialah YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, YBhg. Datoโ€™ Hamdan bin Abdul Majees, Pengarah Urusan Think City.

6. 480217634 1175386860816668 2030075828851790175 n 1536x1023

6. 480228294 1175387027483318 7726121775720904543 n 1536x1023

6. 480262011 1175386974149990 674568573412348124 n 1536x1023

6. 480442400 1175386947483326 4410419887606046234 n 1536x1023