Default Banner

Sidang Media Pengurangan Fi Lesen Gimnasium 80% Perkasa Agenda Bandar Sihat

Utama / Berita & Acara / Sidang Media Pengurangan Fi Lesen Gimnasium 80% Perkasa Agenda Bandar Sihat

March 3rd, 2026 by Admin JPRK

Hari ini telah berlangsung Sesi Sidang Media oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berhubung pengurangan kadar fi lesen operasi gimnasium di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Berkuat kuasa Januari 2026, kadar fi lesen operasi gimnasium ditetapkan pada RM10 bagi setiap meter persegi berbanding RM50 sebelum ini, iaitu pengurangan sebanyak 80 peratus.

Langkah ini merupakan pendekatan proaktif dalam memperkasa agenda Bandar Sihat, selaras dengan keperluan menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi, khususnya di kawasan bandar.

Data National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kadar berat badan berlebihan tertinggi di Malaysia, sekali gus menuntut pendekatan dasar yang lebih responsif dan bersasar di peringkat bandar.

Seiring dengan penurunan fi lesen ini, pengusaha gimnasium digalakkan menyalurkan manfaat tersebut kepada masyarakat melalui tawaran diskaun keahlian pada waktu tertentu serta kadar khas kepada warga emas bagi menyokong penuaan aktif dan sihat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam membina ekosistem bandar yang lebih aktif, inklusif dan menyokong kesejahteraan warga kota secara menyeluruh.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

12/03/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO