Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
February 23rd, 2026 by Admin JPRK
Stadium Titiwangsa pada hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Home of Sepak Takraw dalam Majlis Pengumuman Stadium Titiwangsa sebagai Hab Sepak Takraw Home of Sepak Takraw yang telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Pengiktirafan ini diberikan susulan pencapaian cemerlang pasukan sepak takraw negara di peringkat antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa serta meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA 2025 di Bangkok.
Kejayaan tersebut membuktikan bahawa sepak takraw bukan sekadar sukan tradisi, malah merupakan sukan kompetitif bertaraf dunia yang memerlukan sokongan berterusan, perancangan strategik dan kemudahan berkualiti.
Penetapan Stadium Titiwangsa sebagai Home of Sepak Takraw adalah hasil persetujuan Kerajaan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyediakan platform latihan yang lebih sistematik dan berfokus kepada pembangunan prestasi tinggi atlet.
Stadium Titiwangsa turut menjadi pusat latihan pasukan Wilayah Persekutuan sebagai persediaan menghadapi Sukan SUKMA 2026. Bagi memastikan kemudahan berada pada tahap terbaik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan penambahbaikan bernilai RM80,000 yang merangkumi pengukuhan identiti stadium, naik taraf papan skor LED, ruang VIP, bilik media, surau, bilik persalinan, tandas serta kelengkapan peralatan sepak takraw.
Pada majlis tersebut turut diadakan sesi penyampaian sagu hati kepada atlet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berjaya memenangi pingat dalam Sukan SEA 2025.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Dato' Mohd Sumali bin Reduan, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia; serta YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Sosioekonomi Jabatan Wilayah Persekutuan.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)