Default Banner

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

Utama / Berita & Acara / TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

October 30th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat secara hakiki dan pemangkuan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi, prestasi serta sumbangan yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada organisasi. Pencapaian ini juga mencerminkan kepercayaan yang diberikan terhadap keupayaan dan profesionalisme para pegawai dalam menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, pengukuhan profesionalisme serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan, selaras dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul demi kemajuan dan kesejahteraan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat.