December 30th, 2025 by Admin JPRK
Tahniah diucapkan kepada pasukan Futsal Lelaki Bawah 19 Tahun Malaysia yang berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga pada Kejohanan AFF Futsal Lelaki B19 yang berlangsung di Nonthaburi, Thailand.
Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah juga diberikan kepada dua warga kerja DBKL yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan negara iaitu:
Addie Azwan bin Zainal (JPKKB) – Penolong Jurulatih I
Mohammad Taufik bin Yaiyah (JPPH) – Penolong Jurulatih II
Komitmen, kepakaran serta dedikasi yang diberikan oleh kedua-dua warga DBKL ini bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian podium pasukan negara, malah turut mengharumkan nama DBKL di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga DBKL dan rakyat Kuala Lumpur untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
Syabas dan tahniah!
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)