Default Banner

Taman Awam DBKL Terus Meriah Dengan Aktiviti Komuniti

Utama / Berita & Acara / Taman Awam DBKL Terus Meriah Dengan Aktiviti Komuniti

May 6th, 2026 by Admin JPRK

Taman-taman awam sekitar Kuala Lumpur terus menjadi pilihan warga kota sebagai lokasi penganjuran pelbagai program komuniti, sukan dan riadah.

Pelbagai program larian dan merentas desa telah berlangsung di Taman Tasik Danau Kota, Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu dengan penyertaan pelbagai sekolah serta kehadiran yang amat menggalakkan.

Antara program yang diadakan termasuk merentas desa sekolah, Larian Ikhuwah, Fun Walk serta kejohanan merentas desa yang bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

Kemeriahan ini turut diteruskan menerusi program JUM RUN di Padang Layang-Layang, Kepong yang menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta dalam suasana penuh semangat dan positif.

DBKL akan terus memastikan taman-taman awam di Kuala Lumpur kekal sebagai ruang rekreasi yang selamat, selesa dan inklusif untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

1. 686501489 1530120738676610 1696493777271456871 n

1. 687408145 1530120832009934 7753057567263512198 n

1. 686528327 1530120865343264 3586688331862359816 n

1. 686963521 1530121095343241 5561049838624185549 n