Default Banner

Tindakan Penguatkuasaan Sekitar KLCC Dan Bukit Bintang Imbi

Utama / Berita & Acara / Tindakan Penguatkuasaan Sekitar KLCC Dan Bukit Bintang Imbi

April 4th, 2026 by Admin JPRK

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan secara tegas dan menyeluruh di sekitar Persiaran KLCC, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.

Dalam operasi ini, sebanyak 6 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan kenderaan yang didapati mengingkari peraturan.

Selain itu, 3 tindakan sitaan turut dilaksanakan terhadap individu yang menjalankan aktiviti jurugambar tanpa kebenaran di kawasan awam. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat individu bukan warganegara yang terlibat dalam aktiviti tersebut, manakala seorang lagi individu melibatkan warga tempatan.

DBKL menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat tanpa kompromi. Sebarang aktiviti tidak berlesen, pelanggaran undang-undang serta tindakan yang menjejaskan imej bandar raya akan dikenakan tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. DBKL komited untuk memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, selamat dan teratur untuk semua.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

09/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO