Default Banner

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Warga Asing Di Pusat Bandar Utara

Utama / Berita & Acara / Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Warga Asing Di Pusat Bandar Utara

September 17th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara pada 15 September 2026 telah menjalankan pemantauan serta tindakan terhadap aktiviti penjajaan yang melanggar peraturan.

Hasil pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 9 kes sitaan telah direkodkan melibatkan penjaja warga asing di sekitar Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

Tindakan sitaan tersebut dilaksanakan serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

DBKL akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan di Kuala Lumpur dilaksanakan mengikut peraturan, di samping memelihara ketenteraman, kebersihan dan keselesaan warga kota.

1. 796651654 1341809077770879 3484345514945988329 n

1. 807699092 1559854978627884 7974584814303894029 n

1. 813386436 1782951333045063 7105647507658526372 n

1. 800259620 1079026024959072 6614893975464662128 n