Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
April 23rd, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan susulan terhadap aduan yang tular di media sosial berkaitan kacau ganggu asap dan bau daripada aktiviti pembakaran di sebuah premis makanan di Cheras.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pembakaran bahan makanan seperti ayam dan daging yang dijalankan di kawasan parkir berhampiran premis sehingga menyebabkan gangguan asap dan bau kepada persekitaran sekeliling. Selain itu, turut dikesan ketidakpatuhan terhadap aspek kebersihan apabila terdapat aktiviti mencuci perkakas di atas lantai yang tidak dibenarkan.
Sehubungan itu, premis berkenaan telah diarahkan tutup di bawah UUK 28(1) berkuat kuasa 21 April 2026, iaitu peruntukan yang membolehkan Datuk Bandar mengarahkan penutupan serta-merta mana-mana premis makanan yang disyaki boleh menjadi punca jangkitan atau menjejaskan kesihatan awam. Satu kompaun turut dikeluarkan di bawah UUK 21(1)(m) kerana bahan penyediaan makanan serta perkakas didapati diletakkan atau dibasuh di atas lantai dan tidak di kawasan khas yang ditetapkan.
DBKL memandang serius sebarang isu melibatkan kebersihan, kesihatan awam serta kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Satu sesi perbincangan akan diadakan bersama pihak terlibat bagi memastikan langkah penambahbaikan dilaksanakan, khususnya dalam mengawal aktiviti pembakaran agar tidak menjejaskan kesejahteraan komuniti.
DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Orang ramai digalakkan untuk terus menyalurkan aduan dan maklumat bagi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, selamat dan selesa untuk semua.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)