Default Banner

Tindakan Segera DBKL Susulan Aduan Media Sosial Melibatkan Keselamatan Makanan

Utama / Berita & Acara / Tindakan Segera DBKL Susulan Aduan Media Sosial Melibatkan Keselamatan Makanan

December 22nd, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis makanan di sekitar Wangsa Melawati susulan aduan yang tular di media sosial berkaitan isu keselamatan makanan.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa ketidakpatuhan terhadap keperluan kebersihan dan pengendalian makanan, antaranya dokumentasi pengendali makanan yang tidak lengkap, kebersihan dapur dan stor yang tidak memuaskan, makanan dibiarkan terdedah serta kewujudan perosak di kawasan penyimpanan.

Sehubungan itu, tindakan penutupan premis telah diambil di bawah peruntukan undang-undang sedia ada berkuat kuasa mulai 23 Disember 2025. Selain itu, satu kompaun turut dikeluarkan ke atas premis berkenaan.

DBKL memandang serius sebarang isu yang melibatkan kebersihan, keselamatan makanan dan kesihatan awam. Pemeriksaan dan penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi memastikan semua premis makanan mematuhi piawaian yang ditetapkan demi kesejahteraan warga kota.

3. 601413023 1420934926261859 5580219737450400168 n

3. 602409369 1420934899595195 3437503150922645134 n

3. 603705824 1420934956261856 8797135329266445305 n

3. 605084193 1420935019595183 5432423024756053269 n