Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
April 10th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas pindah halangan terhadap aktiviti penjaja tanpa lesen dan bukan warga negara di sekitar Desa Setapak dan Taman Bunga Raya, Parlimen Wanga Maju pada Selasa, 07 April 2026.
Pemeriksaan dan siasatan telah dijalankan ke atas aktiviti perniagaan restoran, gerai makanan dan minuman yang beroperasi tanpa lesen serta membuat halangan peralatan perniagaan di laluan siarkaki, petak parkir dan tempat awam termasuk 3 aktiviti perniagaan yang dikendalikan warga negara asing.
Hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 4 buah gerai penjaja dan sebuah restoran telah dikenakan tindakan sita dan pindah halangan serta-merta menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Pelbagai peralatan perniagaan seperti kerusi, meja, tong ais, payung dan lain-lain peralaan dikenakan tindakan sita dan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)