Default Banner

Tinjauan Aktiviti Penjaja Di Jalan Tasik Selatan

Utama / Berita & Acara / Tinjauan Aktiviti Penjaja Di Jalan Tasik Selatan

May 13th, 2026 by Admin JPRK

Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pasukan DBKL telah turun padang meninjau aktiviti penjaja di sekitar Jalan Tasik Selatan 21 dan Jalan Tasik Selatan 30.

Tinjauan tersebut dilaksanakan bagi melihat sendiri keadaan semasa di lokasi termasuk aspek penggunaan ruang awam, parkir, laluan jalan serta keselesaan penduduk setempat. DBKL akan meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang serta prosedur yang berkuat kuasa.

DBKL komited untuk terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan sekitar sentiasa teratur, selamat dan kondusif untuk warga kota.

1. 696256233 1536617714693579 670207888080932933 n

1. 699492274 1536617651360252 6742432314046250418 n

1. 699858746 1536615614693789 3654592232473578393 n

1. 699928272 1536617594693591 4217056003842186655 n