Default Banner

TINJAUAN FASILITI DAN KEBERSIHAN AWAM

Utama / Berita & Acara / TINJAUAN FASILITI DAN KEBERSIHAN AWAM

December 9th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan sesi turun padang di beberapa lokasi tumpuan seperti Masjid Jamek, Jalan Masjid India dan Jalan Tun Perak bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Fokus tinjauan meliputi penyelenggaraan landskap, keselamatan pejalan kaki, kebersihan serta keadaan jalan di kawasan berkenaan.

Beberapa tindakan susulan turut dikenalpasti termasuk pengalihan halangan pada laluan pejalan kaki, kerja pengindahan landskap dan penyelenggaraan jalan bagi meningkatkan keselesaan serta keselamatan warga kota.

Pemantauan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam berada dalam keadaan terurus, bersih dan selamat untuk semua.

2. 597269369 1410893310599354 4095613102498693502 n

4. 595166811 1410511277304224 5655915263397708407 n

4. 595141097 1410511380637547 5754755116833600700 n

4. 597610031 1410511333970885 495933911273123230 n