Default Banner

Tinjauan Operasi Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri

Utama / Berita & Acara / Tinjauan Operasi Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri

February 21st, 2026 by Admin JPRK

Sekitar sesi turun padang YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri pada petang semalam.

Lawatan ini bertujuan meninjau operasi bazar Ramadan pada hari kedua berpuasa serta menyantuni para penjaja dan pengunjung yang hadir.

Turut diagihkan botol pengumpulan minyak masak terpakai kepada penjaja serta beg kitar semula kepada pengunjung sebagai galakan amalan kelestarian dan kebersihan.

Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu daripada sembilan bazar Ramadan seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjuran bazar Ramadan ini mencerminkan usaha berterusan DBKL dalam menyediakan ruang niaga yang tersusun dan kondusif, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi setempat sepanjang bulan Ramadan.

5. 639675522 1470320217989996 7164172175303309345 n

5. 640015244 1470320304656654 3475203653648146625 n

5. 640403584 1470320164656668 2340841967235057320 n

5. 640923783 1470320261323325 2760307932624646254 n