Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 17th, 2026 by Admin JPRK
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengadakan sesi turun padang ke Bazar Syawal Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi meninjau kelancaran operasi serta keadaan semasa di antara lokasi tumpuan utama warga kota membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri suasana perniagaan yang rancak, selain memastikan aspek pengurusan, kebersihan, keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap terbaik. Turut diberi perhatian ialah pematuhan peraturan oleh para penjaja bagi menjamin operasi bazar berjalan dengan teratur dan lancar.
Dalam sesi tersebut, beliau bersama Datuk Bandar turut meluangkan masa menyantuni para penjaja, bertanya khabar serta mendengar sendiri pandangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perniagaan. Interaksi secara langsung ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memahami keperluan komuniti peniaga kecil di bandar raya ini.
Tinjauan ini juga mencerminkan pendekatan mesra rakyat dan responsif dalam memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada semua pihak, sekali gus memperkukuh usaha menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang bersih, selamat, inklusif dan berdaya huni untuk semua.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)